Coretan
oleh Amir Syaiffuddin Bin Daud 46256
Teknologi tidak asing lagi dalam kehidupan kita pada abad ini.
Setiap perkara yang kita lalui dan hadapi berkait rapat dengan teknologi.
Namun, tidak boleh dilupakan juga bahawa teknologi juga berkait rapat dengan
globalisasi. Menurut Taib Osman (2004), globalisasi bermaksud suatu proses
kegiatan ekonomi dan perdagangan, di mana negara-negara di seluruh dunia
menjadi satu kekuatan pasaran yang semakin berintegrasi tanpa batasan.
Globalisasi ini menjadikan kita lebih peka terhadap keadaan semasa yang berlaku
di dalam negara mahupun di luar negara.
Hal ini adalah kerana teknologi yang
semakin pesat membangun memudahkan kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan
lebih pantas dan effisien. Seperti analogi, berita-berita global yang boleh
didapati di dalam laman-laman sesawang mahupun akhbar-akhbar harian akan mudah
tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Contohnya, pergolakan yang berlaku di luar
negara seperti di Syria, Afghanistan dan Vietnam telah diketahui oleh seluruh
masyarakat dunia. Tidak dilupakan juga, globalisasi banyak mempengaruhi budaya
dan adat resam sesuatu masyarakat.
Seperti contoh, budaya Kpop yang telah dicetuskan di negara Korea
telah menjadi suatu fenomena baru pada masyarakat kini. Lagu-lagu serta pakaian
yang dipakai acapkali dilihat mengikut fenomena Kpop ini di dalam masyarakat
kita. Selain itu, kemunculan permainan mudah alih realiti maya iaitu Pokemon Go
juga telah menggemparkan masyarakat dunia. Realiti maya adalah suatu aplikasi
multimedia terkini dalam teknologi perkomputan (McLellan, 2004). Hal ini adalah kerana permainan ini telah dimuat turun oleh seluruh
masyarakat di seluruh dunia. Justeru, dapat disimpulkan bahawa teknologi dan
globalisasi ini saing berkait rapat antara satu sama lain.
Rujukan
Osman, M. T. (2004). Globalisasi, patriotism dan isu-isu
kemasyarakatan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
McLellan,
H. (2004). Virtual realities. In David H.
Jonassen (Ed.), Handbook of Research on Educational Communications and
Technology. Mahwah, NJ: Erlbaum.