Monday, 27 February 2017

Teknologi dan Globalisasi Pada Abad Ini



Coretan oleh Amir Syaiffuddin Bin Daud 46256

Teknologi tidak asing lagi dalam kehidupan kita pada abad ini. Setiap perkara yang kita lalui dan hadapi berkait rapat dengan teknologi. Namun, tidak boleh dilupakan juga bahawa teknologi juga berkait rapat dengan globalisasi. Menurut Taib Osman (2004), globalisasi bermaksud suatu proses kegiatan ekonomi dan perdagangan, di mana negara-negara di seluruh dunia menjadi satu kekuatan pasaran yang semakin berintegrasi tanpa batasan. Globalisasi ini menjadikan kita lebih peka terhadap keadaan semasa yang berlaku di dalam negara mahupun di luar negara.

            Hal ini adalah kerana teknologi yang semakin pesat membangun memudahkan kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih pantas dan effisien. Seperti analogi, berita-berita global yang boleh didapati di dalam laman-laman sesawang mahupun akhbar-akhbar harian akan mudah tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Contohnya, pergolakan yang berlaku di luar negara seperti di Syria, Afghanistan dan Vietnam telah diketahui oleh seluruh masyarakat dunia. Tidak dilupakan juga, globalisasi banyak mempengaruhi budaya dan adat resam sesuatu masyarakat.

Seperti contoh, budaya Kpop yang telah dicetuskan di negara Korea telah menjadi suatu fenomena baru pada masyarakat kini. Lagu-lagu serta pakaian yang dipakai acapkali dilihat mengikut fenomena Kpop ini di dalam masyarakat kita. Selain itu, kemunculan permainan mudah alih realiti maya iaitu Pokemon Go juga telah menggemparkan masyarakat dunia. Realiti maya adalah suatu aplikasi multimedia terkini dalam teknologi perkomputan (McLellan, 2004). Hal ini adalah kerana permainan ini telah dimuat turun oleh seluruh masyarakat di seluruh dunia. Justeru, dapat disimpulkan bahawa teknologi dan globalisasi ini saing berkait rapat antara satu sama lain.

Rujukan

Osman, M. T. (2004). Globalisasi, patriotism dan isu-isu kemasyarakatan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
McLellan, H.  (2004).  Virtual realities.  In David H. Jonassen (Ed.), Handbook of Research on Educational Communications and Technology.  Mahwah, NJ:  Erlbaum.






12 comments:

  1. Yup :) There is no doubt that globalization is taking over right now. Especially the K-Pop culture. If we look at their country, it just a small country but they are advance in technology especially in the entertainment industry. Through this globalization, the K-Pop culture is easily spread.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Baiklah. Pada pendapat saya pula, apa yang telah didedahkan kepada kita akhir-akhir ini bahawa globalisasi adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Media baru seperti televisyen, radio, media sosial, dan lain-lain, menyumbang kepada tanggapan globalisasi. Walaubagaimanapun, globalisasi itu sendiri adalah sesuatu perkara yang menggalakkan kewujudan media baru sebagai benda sama ada fizikal atau tidak. Globalisasi ditakrifkan sebagai kemunculan rangkaian global terutama dengan adanya internet sebagai satu sistem yang ekonomi dan sosial (Cuturela, 2012). Dengan akses kepada internet, pelbagai pihak dari pelbagai status di seluruh dunia mampu mempunyai kuasa untuk menjadi pengantara agenda mereka sendiri dalam apa jua tujuan mereka dapat fikirkan.

    Rujukan:
    Cuturela, S., 2012, Globalization: Definition, Processes and Concepts. National Defense University; p. 137.

    ReplyDelete
  4. Selain budaya, globalisasi juga membawa perubahan kepada ekonomi. Globalisasi membolehkan pertukaran barangan serta perkhidmatan antara negara di seluruh dunia. Negara yang mempunyai sumber yang terhad boleh mendapatkan sumber-sumber tersebut daripada negara lain agar dapat meninkgatkan taraf kehidupan penduduk mereka.

    ReplyDelete
  5. saya setuju dengan kenyataan saudara Amir yang menyatakan teknologi yang semakin pesat membangun memudahkan kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih pantas dan effisien. Di era kini, teknologi juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan internet. Perkembangan internet itu sangat mempengaruhi kehidupan sosial serta cara berkomunikasi seseorang individual. Pertumbuhan pesat dalam penggunaan internet dan peningkatan peralatan tanpa wayar telah membawa kepada pertambahan permintaan untuk memiliki kemudahan teknologi yang lebih baik dan cepat dan seterusnya menyebabkan berlakunya permintaan yang tinggi terhadap akaun atau alamat e-mel agar memudahkan mereka menghantar dan menerima maklumat menerusi hujung jari ( Faridanura, 2014).

    ReplyDelete
  6. Terima kasih di atas komen-komen anda yang banyak membantu menjana dan mengukuhkan lagi idea-idea saya.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Saya setuju dengan pendapat anda bahawa teknologi memudahkan masyarakat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam dan luar negara. Malah, saya berpendapat bahawa teknologi menjadi platform kepada kepesatan proses globalisasi. Hal ini demikian kerana, perkembangan pesat dalam bidang teknologi telah banyak memudahkan komunikasi jarak jauh antara negara. Hasil integrasi ini pula membawa kepada pertukaran pandangan dunia, produk, pemikiran, dan aspek-aspek kebudayaan yang lain.

    ReplyDelete
  9. kemah Amir.. banyakkan input agar kita didedahkan dengan informasi teknologi..

    ReplyDelete
  10. Ya saudara Amir, saya amat menyokong bahawa teknologi dan globalisasi amat berkait rapat dan dengan kehidupan sosial kita pada hari ini. Selain itu, saya ingin berkongsi pendapat bahawa teknologi dan globalisasi juga berkait dengan ekonomi di Malaysia. Seperti mana yang kita tahu, medium media sosial adalah satu medan untuk rakyat Malaysia melakukan perniagaan secara atas talian. Malaysia juga tidak asing lagi dengan media sosial yang dapat dibuktikan oleh coretan akhbar Sinar Harian iaitu sebanyak 18 juta pengguna media sosial yang aktif. Jadi, jelas sekali dengan adanya perkembangan teknologi pada abad globalisasi ini dapat memupuk mana - mana rakyat Malaysia untuk menjaga pendapatan harian mereka sama ada secara sampingan atau berterusan serta membantu pembangunan ekonomi Malaysia. Menurut Li Shao (2000), menyatakan bahawa teknologi maklumat mempunyai pengaruh positif terhadap kecekapan sesebuah syarikat iaitu dalam proses pengeluarannya (Pengeluaran sesuatu produk, bahan dan sebagainya).

    Rujukan:
    Li, Winston T. and Benjamin B.M. Shao (2000), “Relative Size of Information Technology Investments and Productive Efficiency: Their Linkage and Empirical Evidence”, Journal of The Assosciation for Information Systems. Volume 1, Article 7.

    Harian, S. (2016, November 24). 18 juta pengguna media sosial aktif di Malaysia. Sinar Harian. Retrieved March 7, 2017, from http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/selangor-kl/18-juta-pengguna-media-sosial-aktif-di-malaysia-1.590480

    ReplyDelete
  11. I agree with your point in which you mentioned that technology made life easier in terms of the efficiency and its speed. This, in return, will affect globalization as the technology helps in getting people updated with the global news and happenings. Just like your examples, we know about K-pop and Pokemon Go through the technology and this affected globalization.

    ReplyDelete
  12. Saya bersetuju dengan artikel yang ditulis oleh saudara. Sememangnya kita tidak dapat lari lagi dengan arus permodenan teknologi masa kini yang semakin berkembang pesat dan menjadi trending pada masa kini.

    ReplyDelete