Monday, 8 May 2017

YouTube

Seperti yang semua sedia maklum, YouTube merupakan sebuah laman sesawang yang hanya memaparkan video buat tatapan masyarakat awam. Bagi saya, penggunaan YouTube ini banyak membantu saya dalam mendapatkan skil dan teknik ketika melakukan sesuatu tugasan. Seperti contoh, hobi dan minat saya ialah menyunting video. Jadi, skil dan teknik yang saya dapat di dalam YouTube mengenai kaedah-kaedah menyunting video banyak membantu saya dalam menghasilkan video yang terbaik. Berikut merupakan antara contoh video yang kerap saya lihat bagi menjana idea dan maklumat baru. 




Sunday, 7 May 2017

Youtube Dan Tutorial

Internet adalah satu teknologi yang tidak asing lagi di Malaysia dan negara – negara lain. Dengan kemudahan yang ada di internet, ia memudahkan urusan kehidupan kita secara langsung mahupun tidak langsung. Youtube adalah salah satu aplikasi yang terdapat di internet mendapat sambutan daripada pengguna. “Jumlah pengguna telefon pintar di Malaysia dijangka mencecah 11 juta pada tahun ini dengan kadar pertumbuhan tahunan 10 peratus dari 2013 hingga 2017” – Harian Metro Online. Jelas sekali, pengguna Youtube akan semakin meningkat hasil daripada tempias kecanggihan teknologi telefon pintar. Dengan kemudahan telefon pintar, pengguna Youtube boleh mengakses di mana – mana sahaja untuk mencapai apa yang dikehendaki oleh pengguna.
Saya lebih cenderung untuk menekan button subscribe di ruangan depan Youtube tentang skop fotografi dan videografi. Youtube bukan sahaja untuk menghiburkan pengguna dengan video – video lagu atau lawak, malah Youtube bagi saya adalah satu tempat untuk dijadikan bahan rujukan ketika membuat penyuntingan gambar adan video. Antara contoh Youtube channel yang saya subscribe adalah seperti berikut:

Di dalam bidang fotografi dan videografi memerlukan ilmu lebih kepada praktikal selain pengetahuan am. Jadi saya menjadikan Youtube adalah “cikgu” kedua saya untuk menjadikan sebagai bahan rujukan. Daripada Youtube juga, saya juga mendapatkan berita atau isu – isu semasa yang berlaku di Malaysia mahupun luar negara.
Antara video – video yang terdapat dalam channel tersebut adalah video tutorial mengenai penyuntingan gambar dan video, tutorial mengenai fotografi dan videografi, tutorial untuk mereka design dan sebagainya. Channel tersebut bukan sahaja mendapat sambutan pengguna fotografer, videografer dan pereka grafik, malah ianya mendapat sambutan daripada pelajar – pelajar untuk membuat bahan rujukan. Secara tidak langsung channel tersebut juga telah menjadi tempat atau medan perbincangan mengenai bidang fotografi, videografi dan sebagainya pada rungan komen yang disediakan oleh aplikasi Youtube.
Jelas sekali, dengan adanya pelbagai channel yang mampu membantu pengguna untuk mencapai kepuasan dan matlamat mereka, pertambahan pengguna terhadap aplikasi Youtube juga semakin meningkat.

Youtube Pengganti Media Massa



          Perkembangan pesat di era teknologi abad ini ternyata memberi pengaruh yang meluas dalam kehidupan seharian. Apa yang lebih membanggakan adalah ia turut memberi impak yang besar kepada sistem komunikasi antara manusia di dunia ini. Sehubungan dengan itu, penggunaan laman sosial yang semakin meluas membolehkan pengguna untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih mudah dan berkesan.
            Laman sosial merupakan perkara baru dalam dunia internet. Jika sebelum ini, masyarakat hanya menggunakan telefon dan pesanan ringkas untuk berkomunikasi dengan keadaan jarak yang jauh semata-mata, tetapi dengan kewujudan laman sosial, komunikasi dapat dijalankan secara dua hala selain menjadi komunikasi yang begitu berkesan, mudah dan pantas. Masyarakat bukan sahaja dapat berkomunikasi melalui laman sosial ini malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi profil diri dan pengalaman mereka dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan masa, ruang dan lokasi.
            Penggunaan internet yang semakin meluas pada masa kini merancakkan lagi kemunculan laman-laman web yang dapat di akses oleh para pengguna internet.  Pertumbuhan pesat dalam penggunaan internet dan peningkatan peralatan tanpa wayar telah membawa kepada pertambahan permintaan untuk memiliki kemudahan teknologi yang lebih baik dan cepat dan seterusnya menyebabkan berlakunya permintaan yang tinggi terhadap akaun atau alamat e-mel agar memudahkan mereka menghantar dan menerima maklumat menerusi hujung jari ( Faridanura, 2014).
            Sebagai contohnya, laman sosial yang wujud pada masa kini seperti Youyube, Facebook, Twitter, Instagram, Skype, Wechat, Line, Myspace, Hi5, dan Friendster merupakan media atas talian yang digunakan oleh para pengguna untuk  dalam mencari maklumat, berkomunikasi, dan mencari kenalan baru atau lama. Menurut Lai (2010) yang menyatakan bahawa mereka lebih cenderung menggunakan laman sosial untuk berkomunikasi, mengakses maklumat dan berhibur. Selain itu, laman sosial ini menjadi pendekatan pengguna untuk berkomunikasi dan salah satu medium untuk menyampaikan dan menyalurkan maklumat.
            Penggunaan Youtube kini menjadi pengganti media massa seperti televisyen untuk dunia sekarang. Rancangan atau segala informasi boleh didapati dari laman Youtube ini. YouTube merupakan salah satu website yang popular pada era kini. YouTube adalah sebuah laman web video sharing yang popular dimana para pengguna dapat memuat, menonton, dan pelbagai klip video secara percuma. Umumnya video-video di YouTube adalah klip musik (video klip), film, TV, serta video buatan para penggunanya sendiri. Format yang digunakan video-video di YouTube adalah .flv yang dapat ditayangkan di laman web itu yang memiliki plugin Flash Player.
            Munculnya youtube di kalangan masyarakat dunia memunculkan  persepsi orang dalam bentuk pro dan kontra. Bagi mereka yang pro terhadap fenomena mutakhir YouTube, mereka memanfaatkan YouTube sebagai media pembelajaran musik dan disisi lain sebagai kemudahan menuju populariti yang dapat berkembang menjadi “mesin pencetak wang” melalui populariti tersebut.

            YouTube merupakan salah satu media massa yang popular dan penggunanya tersebar diseluruh dunia. Laman ini memiliki persepsi tersendiri bagi masyarakat, ada yang pro dan kontra dengan beberapa alasan tersendiri. Sebagai media massa yang canggih sekarang, YouTube memiliki pelbagai kesan terhadap masyarakat. Bermula daripada kesan positif, negatif, sehingga kesan sebagai pengaruh media massa. Hal tersebut sangat berkait rapat dan menentukan perkembangan dunia pada masyarakat umum dewasa kini.

Faridanura, (2014). Penggunaan laman rangkaian sosial (Facebook) dalam kalangan guru: Motif dan kesannya: Dalam Laporan Projek di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Diambil daripada http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP2/FARIDANURAMP111225D2014TTP.pdf

Lai, S. K. (2010). Penggunaan Internet dan Kesedaran Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Satu di Sebuah Sekolah Menengah, Puchong: Projek Penyelidikan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Adat Perkahwinan Kaum Bidayuh

Negeri Sarawak atau dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang tidak asing lagi kepada kita bahawa negeri ini mempunyai pelbagai etnik dan budaya yang banyak. Setiap etnik mempunyai adat resam tersendiri dalam apa jua acara yang dilakukan. Blog yang bernama Kebudayaan Sarawak (http://bahasamelayupengantar.blogspot.my) mempunyai banyak artikel mengenai negeri Sarawak. Antara contoh artikel yang menarik adalah “Adat Perkahwinan Kaum Bidayuh” yang disediakan oleh Khoo Bao Ru. Artikel yang ditulis dalam blog ini menceritakan secara terperinci mengenai adat resam etnik Bidayuh dalam perkahwinan mereka. Menurut blog tersebut, etnik Bidayuh merupakan etnik yang tinggal di kawasan bukit di luar bandar Kuching dan etnik ini mempunyai pelbagai suku kaum serta masing – masing mempunyai adat resam tersendiri. Jadi, setiap suku kaum Bidayuh yang berlainan mempunyai adat resam tersendiri dalam perkahwinan mereka.
Bagi etnik Bidayuh, perkahwinan adalah cara untuk menjadi anggota Biik atay Ramin. Satu pantang larang yang ditegaskan oleh etnik Budayuh adalah perkahwinan antara sepupu. Dayak Selako pula melarang keluarga mereka untuk berkahwin dengan musuh mereka akan kerana khuatir termakan sumpah. Namun begitu, kekhuatiran tersebut telah dimansuhkan kerana sudah berlakunya perkahwinan dengan musuh mereka oleh datuk nenek mereka. Dayak ukar – Sadong pula mempunyai peraturan yang bebas dalam perkahwinan. Sebagai contoh lelaki dan perempuan dibenarkan untuk berkenalan antara satu sama lain sebelum berkahwin. Setiap perkahwinan tidak kira mana – mana etnik semestinya mempunyai adat resam mereka tersendiri seperti merisik, meminang, bertunang dan berkahwin. Sama juga dengan etnik Bidayuh, adat resam tersebut menjadi turun temurun sehingga kini dalam adat resam perkahwinan mereka.

Pada ruangan komen di bahagian bawah blog tersebut, saya melihat bahawa terdapat banyak komen – komen positif yang diberikan oleh pengunjung blog kerana artikel ini telah banyak membantu mereka untuk mengetahui secara tidak langsung tentang adat resam perkahwinan etnik Bidayuh. Terdapat juga penambahan komen oleh pengunjung blog yang berbangsa Bidayuh mengenai adat resam tersebut. Selain itu, ada juga pengunjung blog menyatakan beberapa link mengenai adat resam etnik Bidayuh yang berkaitan dengan perkahwinan untuk menambah bahan bacaan kepada pengunjung blog yang lain. Jadi, secara keseluruhan mengenai artikel yang ditulis oleh Khoo Bao Ru dapat dirumuskan tentang bagaimana adat resam perkahwinan etnik Bidayuh. Setiap etnik mempunyai adat resam tersendiri dan dari adat resam adalah budaya. Jelas sekali Sarawak Bumi Kenyalang begitu indah dari segi etnik dan budaya.

Monday, 1 May 2017

We Will Not Go Down
Satu blog mengenai sebuah lagu kemanusiaan dan keagamaan yang bertajuk We will not go down yang dinyanyikan oleh Michael Heart. Blog ini ditulis daripada Kabarinspirasi.blogspot.my yang mendedahkan tentang lagu ini yang ramai orang tidak tahu. Cerita lagu ini sebenarnya mengisahkan tentang membela nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh negara Israel tanpa belas kasihan. Bom, peluru berpandu, bedilan demi bedilan dan pukul-memukul menindas rakyat di bumi Palestin yang tiada dosa dengan mereka menjadi mangsa sewenang-wenangnya. Michael Heart menarik perhatian dunia dengan lagu ini kerana beliau bukanlah orang Islam namun, semangat kemanusiaan yang tinggi dalam diri mampu menyedarkan ramai orang di seluruh dunia apabila mendengar lagu We will not go down. Unsur nilai-nilai keagamaan yang diterjemahkan dalam lagu ini mampu membuat orang yang mempunyai sifat kemanusiaan walaupun berlainan agama merasai kesengsaraan yang dihadapi oleh warga Palestin. Michael Heart walaupun bukan Islam tapi kesengsaraan yang dirasainya sebagai umat manusia amat membanggakan ramai pihak. Rakaman yang dilakukan di Los Angeles, Amerika Syarikat diterbitkan sekitar tahun 2008-2009 ini amat mendapat sambutan dunia dengan tontonan di Youtube mencapai 1, 021, 000 kali. Apabila setiap kali berlakunya konflik antara Israel dan Gaza lagu inilah sentiasa menjadi hits di radio-radio atau pun Youtube.

Bagi perbezaan pendapat dan ketidaksetujuan daripada mana-mana pihak pasti ada walau apa pun yang di post ke blog atau apa-apa media. Bagi lagu ini ia mendapat sambutan yang baik daripada ramai pihak kerana menunjukkan sifat kemanusiaan yang tinggi. Namun begiru, terdapat juga ramai orang dan pengguna media memberi komen yang negatif seperti dari negara dan agama lain yang tidak bersetuju tentang lagu ini ditujukan kepada Palestin dan Gaza. Bagi mereka Michael Heart merupakan bukan Muslim namun, lagunya seakan menyokong negara Islam yang ditindas itu. Itulah sterotaip yang dilakukan oleh mereka terhadap lagu yang dinyayikan oleh Michael Heart yang tidak dipersetujui oleh mereka. Perbezaan pendapat ini lahir daripada sikap pengguna yang berlainan agama dan bangsa iaitu komuniti-komuniti yang tidak menyokong negara Islam mendapat keamanan dengan sokongan yang ditunjukkan melalui lagu terutama lagu yang dinyanyikan oleh orang bukan Islam seperti lagu We will not go down. Sebagai tambahan, Michael Heart telah menyanyikan banyak lagu tentang kemanusiaan yang mana juga menyokong pembelaan nasib penduduk Gaza dan Palestin.