We Will Not Go Down
Satu
blog mengenai sebuah lagu kemanusiaan dan keagamaan yang bertajuk We will not
go down yang dinyanyikan oleh Michael Heart. Blog ini ditulis daripada
Kabarinspirasi.blogspot.my yang mendedahkan tentang lagu ini yang ramai orang tidak
tahu. Cerita lagu ini sebenarnya mengisahkan tentang membela nasib rakyat
Palestin yang ditindas oleh negara Israel tanpa belas kasihan. Bom, peluru
berpandu, bedilan demi bedilan dan pukul-memukul menindas rakyat di bumi
Palestin yang tiada dosa dengan mereka menjadi mangsa sewenang-wenangnya.
Michael Heart menarik perhatian dunia dengan lagu ini kerana beliau bukanlah
orang Islam namun, semangat kemanusiaan yang tinggi dalam diri mampu
menyedarkan ramai orang di seluruh dunia apabila mendengar lagu We will not go
down. Unsur nilai-nilai keagamaan yang diterjemahkan dalam lagu ini mampu
membuat orang yang mempunyai sifat kemanusiaan walaupun berlainan agama merasai
kesengsaraan yang dihadapi oleh warga Palestin. Michael Heart walaupun bukan
Islam tapi kesengsaraan yang dirasainya sebagai umat manusia amat membanggakan
ramai pihak. Rakaman yang dilakukan di Los Angeles, Amerika Syarikat
diterbitkan sekitar tahun 2008-2009 ini amat mendapat sambutan dunia dengan
tontonan di Youtube mencapai 1, 021, 000 kali. Apabila setiap kali berlakunya
konflik antara Israel dan Gaza lagu inilah sentiasa menjadi hits di radio-radio
atau pun Youtube.
Bagi
perbezaan pendapat dan ketidaksetujuan daripada mana-mana pihak pasti ada walau
apa pun yang di post ke blog atau apa-apa media. Bagi lagu ini ia mendapat
sambutan yang baik daripada ramai pihak kerana menunjukkan sifat kemanusiaan
yang tinggi. Namun begiru, terdapat juga ramai orang dan pengguna media memberi
komen yang negatif seperti dari negara dan agama lain yang tidak bersetuju
tentang lagu ini ditujukan kepada Palestin dan Gaza. Bagi mereka Michael Heart
merupakan bukan Muslim namun, lagunya seakan menyokong negara Islam yang
ditindas itu. Itulah sterotaip yang dilakukan oleh mereka terhadap lagu yang
dinyayikan oleh Michael Heart yang tidak dipersetujui oleh mereka. Perbezaan
pendapat ini lahir daripada sikap pengguna yang berlainan agama dan bangsa
iaitu komuniti-komuniti yang tidak menyokong negara Islam mendapat keamanan
dengan sokongan yang ditunjukkan melalui lagu terutama lagu yang dinyanyikan
oleh orang bukan Islam seperti lagu We will not go down. Sebagai tambahan,
Michael Heart telah menyanyikan banyak lagu tentang kemanusiaan yang mana juga
menyokong pembelaan nasib penduduk Gaza dan Palestin.
Dengan wujudnya zaman teknologi kini, orang ramai dapat memperolehi info-info dengan mudah. TIdak dinafikan juga, pertelingkahan antara agama dan bangsa masih berlaku walaupun kita berada di zaman teknologi sekarang. Pada pendapat saya, nilai-nilai kemanusiaan harus diutamakan terlebih dahulu dan seterusnya berusaha untuk menghentikan pertelingkahan yang berlaku agar semangat kesepaduan wujud dan hidup harmoni antara satu sama lain.
ReplyDeleteSaya kurang pasti apa mesej yang Fahzal hendak sampaikan di sini tapi saya percaya Fahzal mempunyai nilai-nilai kemanusiaan tidak kira tempat dan agama. Teknologi komunikasi seperti Youtube mudah digunakan untuk menyebar video secara menular. Ada baiknya dan ada buruknya. Terpulang kepada individu untuk mengunakannya ke arah yang mana satu.
ReplyDeleteSaya kurang pasti apa mesej yang Fahzal hendak sampaikan di sini tapi saya percaya Fahzal mempunyai nilai-nilai kemanusiaan tidak kira tempat dan agama. Teknologi komunikasi seperti Youtube mudah digunakan untuk menyebar video secara menular. Ada baiknya dan ada buruknya. Terpulang kepada individu untuk mengunakannya ke arah yang mana satu.
ReplyDeleteulasan yang baik mengenai blog dan isi kandungannya.
ReplyDeletePada pendapat sa, walaupun kita berlainan agama, adat dan bangsa, namun sifat berperikemanusiaan tidak haruslah luntur dalam diri masing - masing kerana kita berpijak di bumi yang sama sahaja. Kebaikkan hari ini bukan dinilai hari ini, namun ianya bersemadi di dalam diri seseorang insan yang berperikemanusiaan.
ReplyDeletePenderitaan saudara seIslam kita di Palestin sememangnya dirasai oleh masyarakat Islam di seluruh dunia. Biarpun Michael Heart bukanlah seorang Muslim, namun sikap perikemanusiaannya banyak menyedarkan masyarakat di luar sana agar menghentikan segala penindasan terhadap masyarakat yang lain. Suatu info yang sangat berguna.
ReplyDeleteBetul Syaifuddin.. Contohilah Michael Heart..
DeleteSelain itu, saya ingin kongsikan penderitaan rakyat Rohingya yang mana pemimpin Myanmar yang sangat anti terhadap islam. Kita haruslah menghormati setiap agama, bangsa dan adat resam agar harmoni tercapai dalam kehidupan bermasyarakat.
DeleteIn my opinion, the misunderstanding could be happening because of the different perspectives that every different individuals have. The stereotype might cause the misunderstanding to worsen. Therefore, it is best to sometimes keep our thoughts and feelings towards an issue instead of telling it to the world, in order to escape from any unintended misunderstandings.
ReplyDelete