Sunday, 7 May 2017

Youtube Pengganti Media Massa



          Perkembangan pesat di era teknologi abad ini ternyata memberi pengaruh yang meluas dalam kehidupan seharian. Apa yang lebih membanggakan adalah ia turut memberi impak yang besar kepada sistem komunikasi antara manusia di dunia ini. Sehubungan dengan itu, penggunaan laman sosial yang semakin meluas membolehkan pengguna untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih mudah dan berkesan.
            Laman sosial merupakan perkara baru dalam dunia internet. Jika sebelum ini, masyarakat hanya menggunakan telefon dan pesanan ringkas untuk berkomunikasi dengan keadaan jarak yang jauh semata-mata, tetapi dengan kewujudan laman sosial, komunikasi dapat dijalankan secara dua hala selain menjadi komunikasi yang begitu berkesan, mudah dan pantas. Masyarakat bukan sahaja dapat berkomunikasi melalui laman sosial ini malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi profil diri dan pengalaman mereka dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan masa, ruang dan lokasi.
            Penggunaan internet yang semakin meluas pada masa kini merancakkan lagi kemunculan laman-laman web yang dapat di akses oleh para pengguna internet.  Pertumbuhan pesat dalam penggunaan internet dan peningkatan peralatan tanpa wayar telah membawa kepada pertambahan permintaan untuk memiliki kemudahan teknologi yang lebih baik dan cepat dan seterusnya menyebabkan berlakunya permintaan yang tinggi terhadap akaun atau alamat e-mel agar memudahkan mereka menghantar dan menerima maklumat menerusi hujung jari ( Faridanura, 2014).
            Sebagai contohnya, laman sosial yang wujud pada masa kini seperti Youyube, Facebook, Twitter, Instagram, Skype, Wechat, Line, Myspace, Hi5, dan Friendster merupakan media atas talian yang digunakan oleh para pengguna untuk  dalam mencari maklumat, berkomunikasi, dan mencari kenalan baru atau lama. Menurut Lai (2010) yang menyatakan bahawa mereka lebih cenderung menggunakan laman sosial untuk berkomunikasi, mengakses maklumat dan berhibur. Selain itu, laman sosial ini menjadi pendekatan pengguna untuk berkomunikasi dan salah satu medium untuk menyampaikan dan menyalurkan maklumat.
            Penggunaan Youtube kini menjadi pengganti media massa seperti televisyen untuk dunia sekarang. Rancangan atau segala informasi boleh didapati dari laman Youtube ini. YouTube merupakan salah satu website yang popular pada era kini. YouTube adalah sebuah laman web video sharing yang popular dimana para pengguna dapat memuat, menonton, dan pelbagai klip video secara percuma. Umumnya video-video di YouTube adalah klip musik (video klip), film, TV, serta video buatan para penggunanya sendiri. Format yang digunakan video-video di YouTube adalah .flv yang dapat ditayangkan di laman web itu yang memiliki plugin Flash Player.
            Munculnya youtube di kalangan masyarakat dunia memunculkan  persepsi orang dalam bentuk pro dan kontra. Bagi mereka yang pro terhadap fenomena mutakhir YouTube, mereka memanfaatkan YouTube sebagai media pembelajaran musik dan disisi lain sebagai kemudahan menuju populariti yang dapat berkembang menjadi “mesin pencetak wang” melalui populariti tersebut.

            YouTube merupakan salah satu media massa yang popular dan penggunanya tersebar diseluruh dunia. Laman ini memiliki persepsi tersendiri bagi masyarakat, ada yang pro dan kontra dengan beberapa alasan tersendiri. Sebagai media massa yang canggih sekarang, YouTube memiliki pelbagai kesan terhadap masyarakat. Bermula daripada kesan positif, negatif, sehingga kesan sebagai pengaruh media massa. Hal tersebut sangat berkait rapat dan menentukan perkembangan dunia pada masyarakat umum dewasa kini.

Faridanura, (2014). Penggunaan laman rangkaian sosial (Facebook) dalam kalangan guru: Motif dan kesannya: Dalam Laporan Projek di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Diambil daripada http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP2/FARIDANURAMP111225D2014TTP.pdf

Lai, S. K. (2010). Penggunaan Internet dan Kesedaran Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Satu di Sebuah Sekolah Menengah, Puchong: Projek Penyelidikan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. saya bersetuju dengan pendapat anda bahawa, laman sosial You Tube mampu mendominasi media tradisional seperti televisyen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saudara Ri, pada pendapat sa, sa sendiri tidak menonton televisyen atas sebab - sebab tertentu malah lebih cenderung memilih Youtube sebagai medium hiburan dan pembelajaran.

      Delete
  3. Saya juga berpendapat seperti kamu. Kepesatan teknologi masa kini memudahkan segala pekerjaan yang ingin saya lakukan. Penggunaan aplikasi Whatsapp secara meluas pada abad ini juga mempengaruhi kehidupan saya. Hal ini kerana aplikasi ini yang percuma serta kewujudan group-group di dalam aplikasi tersebut menyebabkan mesej dapat disampaikan dengan mudah kepada rakan-rakan yang dekat mahupun jauh.

    ReplyDelete
  4. Youtube boleh dikatakan antara media sosial yang sangat berpengaruh. Saya sendiri trpengaruh dengan Youtube ini kerana video2 yg ada di dalam itu memberikan kepuasan kepada saya dari segi ilmu.

    ReplyDelete
  5. Semenjak menjejak kaki di UNIMAS, televisyen sudah tidak lagi menjadi medium penting dalam kehidupan saya untuk melihat rancangan yang menarik dan informatif sebaliknya YouTube lebih fleksibel kerana dapat cari apa sahaja rancangan yang hendak dilihat.

    ReplyDelete
  6. I agree that YouTube have been contributing a lot to every individual in this globalization era, as this might develop and evolve in the future. As a medium to reach the mass audience, YouTube can spread any information, whether educational or entertainment, to every person who can access the Internet in which this ranges internationally.

    ReplyDelete