Sunday, 7 May 2017

Youtube Dan Tutorial

Internet adalah satu teknologi yang tidak asing lagi di Malaysia dan negara – negara lain. Dengan kemudahan yang ada di internet, ia memudahkan urusan kehidupan kita secara langsung mahupun tidak langsung. Youtube adalah salah satu aplikasi yang terdapat di internet mendapat sambutan daripada pengguna. “Jumlah pengguna telefon pintar di Malaysia dijangka mencecah 11 juta pada tahun ini dengan kadar pertumbuhan tahunan 10 peratus dari 2013 hingga 2017” – Harian Metro Online. Jelas sekali, pengguna Youtube akan semakin meningkat hasil daripada tempias kecanggihan teknologi telefon pintar. Dengan kemudahan telefon pintar, pengguna Youtube boleh mengakses di mana – mana sahaja untuk mencapai apa yang dikehendaki oleh pengguna.
Saya lebih cenderung untuk menekan button subscribe di ruangan depan Youtube tentang skop fotografi dan videografi. Youtube bukan sahaja untuk menghiburkan pengguna dengan video – video lagu atau lawak, malah Youtube bagi saya adalah satu tempat untuk dijadikan bahan rujukan ketika membuat penyuntingan gambar adan video. Antara contoh Youtube channel yang saya subscribe adalah seperti berikut:

Di dalam bidang fotografi dan videografi memerlukan ilmu lebih kepada praktikal selain pengetahuan am. Jadi saya menjadikan Youtube adalah “cikgu” kedua saya untuk menjadikan sebagai bahan rujukan. Daripada Youtube juga, saya juga mendapatkan berita atau isu – isu semasa yang berlaku di Malaysia mahupun luar negara.
Antara video – video yang terdapat dalam channel tersebut adalah video tutorial mengenai penyuntingan gambar dan video, tutorial mengenai fotografi dan videografi, tutorial untuk mereka design dan sebagainya. Channel tersebut bukan sahaja mendapat sambutan pengguna fotografer, videografer dan pereka grafik, malah ianya mendapat sambutan daripada pelajar – pelajar untuk membuat bahan rujukan. Secara tidak langsung channel tersebut juga telah menjadi tempat atau medan perbincangan mengenai bidang fotografi, videografi dan sebagainya pada rungan komen yang disediakan oleh aplikasi Youtube.
Jelas sekali, dengan adanya pelbagai channel yang mampu membantu pengguna untuk mencapai kepuasan dan matlamat mereka, pertambahan pengguna terhadap aplikasi Youtube juga semakin meningkat.

4 comments:

  1. Betuk kata-kata kami itu. Saya pula menggunakan perisian YouTube untuk melihat kaedah dan cara-cara menyunting video dengan baik serta sempurna. Maklumat dan idea yang diperoleh melalui laman sesawang itu akan saya gunakan dengan baik untuk menyunting segala video yang telah dirakam.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih diatas perkongsian yang berguna daripada saudara Adam. Youtube merupakan satu saluran yang berguna untuk memperolehi maklumat dan boleh menjadikan satu platform untuk membina kerjaya.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini. Selain daripada untuk membina kerjaya, YouTube, seperti laman sosial lain juga berkuasa menjadikan seseorang itu terkenal dalam sekelip mata.

    ReplyDelete
  4. In my opinion, it is easy to refer to YouTube for tutorials. I myself use YouTube for tutorials, in terms of study materials and also for my own personal purposes. This is because it is easy to watch and apply in our real life, as well as easy to see how the process of the tutorial supposed to be.

    ReplyDelete