Sunday 7 May 2017

Adat Perkahwinan Kaum Bidayuh

Negeri Sarawak atau dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang tidak asing lagi kepada kita bahawa negeri ini mempunyai pelbagai etnik dan budaya yang banyak. Setiap etnik mempunyai adat resam tersendiri dalam apa jua acara yang dilakukan. Blog yang bernama Kebudayaan Sarawak (http://bahasamelayupengantar.blogspot.my) mempunyai banyak artikel mengenai negeri Sarawak. Antara contoh artikel yang menarik adalah “Adat Perkahwinan Kaum Bidayuh” yang disediakan oleh Khoo Bao Ru. Artikel yang ditulis dalam blog ini menceritakan secara terperinci mengenai adat resam etnik Bidayuh dalam perkahwinan mereka. Menurut blog tersebut, etnik Bidayuh merupakan etnik yang tinggal di kawasan bukit di luar bandar Kuching dan etnik ini mempunyai pelbagai suku kaum serta masing – masing mempunyai adat resam tersendiri. Jadi, setiap suku kaum Bidayuh yang berlainan mempunyai adat resam tersendiri dalam perkahwinan mereka.
Bagi etnik Bidayuh, perkahwinan adalah cara untuk menjadi anggota Biik atay Ramin. Satu pantang larang yang ditegaskan oleh etnik Budayuh adalah perkahwinan antara sepupu. Dayak Selako pula melarang keluarga mereka untuk berkahwin dengan musuh mereka akan kerana khuatir termakan sumpah. Namun begitu, kekhuatiran tersebut telah dimansuhkan kerana sudah berlakunya perkahwinan dengan musuh mereka oleh datuk nenek mereka. Dayak ukar – Sadong pula mempunyai peraturan yang bebas dalam perkahwinan. Sebagai contoh lelaki dan perempuan dibenarkan untuk berkenalan antara satu sama lain sebelum berkahwin. Setiap perkahwinan tidak kira mana – mana etnik semestinya mempunyai adat resam mereka tersendiri seperti merisik, meminang, bertunang dan berkahwin. Sama juga dengan etnik Bidayuh, adat resam tersebut menjadi turun temurun sehingga kini dalam adat resam perkahwinan mereka.

Pada ruangan komen di bahagian bawah blog tersebut, saya melihat bahawa terdapat banyak komen – komen positif yang diberikan oleh pengunjung blog kerana artikel ini telah banyak membantu mereka untuk mengetahui secara tidak langsung tentang adat resam perkahwinan etnik Bidayuh. Terdapat juga penambahan komen oleh pengunjung blog yang berbangsa Bidayuh mengenai adat resam tersebut. Selain itu, ada juga pengunjung blog menyatakan beberapa link mengenai adat resam etnik Bidayuh yang berkaitan dengan perkahwinan untuk menambah bahan bacaan kepada pengunjung blog yang lain. Jadi, secara keseluruhan mengenai artikel yang ditulis oleh Khoo Bao Ru dapat dirumuskan tentang bagaimana adat resam perkahwinan etnik Bidayuh. Setiap etnik mempunyai adat resam tersendiri dan dari adat resam adalah budaya. Jelas sekali Sarawak Bumi Kenyalang begitu indah dari segi etnik dan budaya.

5 comments:

  1. Penjelasan yang baik mengenai blog dan artikel yang dipaparkan dalam blog tersebut.

    ReplyDelete
  2. Sebagai orang Bidayuh sendiri saya tersentuh Adam berminat tentang budaya etnik Bidayuh. Namun begitu, dukacita saya katakan yang segala adat resam yang ditulis diatas saya tidak pernah merasai ataupun melihat ianya dipraktikkan sejak saya lahir sehingga sekarang.

    ReplyDelete
  3. Bagi saya suku kaum Bidayuh lebih mementingkan adat yang mengundang kepada keburukan iaitu jangan kahwin dengan musuh atau bekas musuh kerana mereka terikat dengan persepsi orang tua-tua yang melarang. Ia bagi mengalakkan berlakunya sumpah bagi kepercayaan mereka.

    ReplyDelete
  4. Saya tertarik dengan keindahan adat resam kaum bidayuh ini. Bagi saya setiap adat resam sesuatu etnik harus dihormati dan disanjungi

    ReplyDelete
  5. Walaupun saya tidak begitu arif mengenai adat resam sesuatu kaum, tetapi maklumat yang kamu sampaikan ini sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan saya. Terima kasih.

    ReplyDelete