Monday 1 May 2017

We Will Not Go Down
Satu blog mengenai sebuah lagu kemanusiaan dan keagamaan yang bertajuk We will not go down yang dinyanyikan oleh Michael Heart. Blog ini ditulis daripada Kabarinspirasi.blogspot.my yang mendedahkan tentang lagu ini yang ramai orang tidak tahu. Cerita lagu ini sebenarnya mengisahkan tentang membela nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh negara Israel tanpa belas kasihan. Bom, peluru berpandu, bedilan demi bedilan dan pukul-memukul menindas rakyat di bumi Palestin yang tiada dosa dengan mereka menjadi mangsa sewenang-wenangnya. Michael Heart menarik perhatian dunia dengan lagu ini kerana beliau bukanlah orang Islam namun, semangat kemanusiaan yang tinggi dalam diri mampu menyedarkan ramai orang di seluruh dunia apabila mendengar lagu We will not go down. Unsur nilai-nilai keagamaan yang diterjemahkan dalam lagu ini mampu membuat orang yang mempunyai sifat kemanusiaan walaupun berlainan agama merasai kesengsaraan yang dihadapi oleh warga Palestin. Michael Heart walaupun bukan Islam tapi kesengsaraan yang dirasainya sebagai umat manusia amat membanggakan ramai pihak. Rakaman yang dilakukan di Los Angeles, Amerika Syarikat diterbitkan sekitar tahun 2008-2009 ini amat mendapat sambutan dunia dengan tontonan di Youtube mencapai 1, 021, 000 kali. Apabila setiap kali berlakunya konflik antara Israel dan Gaza lagu inilah sentiasa menjadi hits di radio-radio atau pun Youtube.

Bagi perbezaan pendapat dan ketidaksetujuan daripada mana-mana pihak pasti ada walau apa pun yang di post ke blog atau apa-apa media. Bagi lagu ini ia mendapat sambutan yang baik daripada ramai pihak kerana menunjukkan sifat kemanusiaan yang tinggi. Namun begiru, terdapat juga ramai orang dan pengguna media memberi komen yang negatif seperti dari negara dan agama lain yang tidak bersetuju tentang lagu ini ditujukan kepada Palestin dan Gaza. Bagi mereka Michael Heart merupakan bukan Muslim namun, lagunya seakan menyokong negara Islam yang ditindas itu. Itulah sterotaip yang dilakukan oleh mereka terhadap lagu yang dinyayikan oleh Michael Heart yang tidak dipersetujui oleh mereka. Perbezaan pendapat ini lahir daripada sikap pengguna yang berlainan agama dan bangsa iaitu komuniti-komuniti yang tidak menyokong negara Islam mendapat keamanan dengan sokongan yang ditunjukkan melalui lagu terutama lagu yang dinyanyikan oleh orang bukan Islam seperti lagu We will not go down. Sebagai tambahan, Michael Heart telah menyanyikan banyak lagu tentang kemanusiaan yang mana juga menyokong pembelaan nasib penduduk Gaza dan Palestin.

9 comments:

  1. Dengan wujudnya zaman teknologi kini, orang ramai dapat memperolehi info-info dengan mudah. TIdak dinafikan juga, pertelingkahan antara agama dan bangsa masih berlaku walaupun kita berada di zaman teknologi sekarang. Pada pendapat saya, nilai-nilai kemanusiaan harus diutamakan terlebih dahulu dan seterusnya berusaha untuk menghentikan pertelingkahan yang berlaku agar semangat kesepaduan wujud dan hidup harmoni antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  2. Saya kurang pasti apa mesej yang Fahzal hendak sampaikan di sini tapi saya percaya Fahzal mempunyai nilai-nilai kemanusiaan tidak kira tempat dan agama. Teknologi komunikasi seperti Youtube mudah digunakan untuk menyebar video secara menular. Ada baiknya dan ada buruknya. Terpulang kepada individu untuk mengunakannya ke arah yang mana satu.

    ReplyDelete
  3. Saya kurang pasti apa mesej yang Fahzal hendak sampaikan di sini tapi saya percaya Fahzal mempunyai nilai-nilai kemanusiaan tidak kira tempat dan agama. Teknologi komunikasi seperti Youtube mudah digunakan untuk menyebar video secara menular. Ada baiknya dan ada buruknya. Terpulang kepada individu untuk mengunakannya ke arah yang mana satu.

    ReplyDelete
  4. ulasan yang baik mengenai blog dan isi kandungannya.

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat sa, walaupun kita berlainan agama, adat dan bangsa, namun sifat berperikemanusiaan tidak haruslah luntur dalam diri masing - masing kerana kita berpijak di bumi yang sama sahaja. Kebaikkan hari ini bukan dinilai hari ini, namun ianya bersemadi di dalam diri seseorang insan yang berperikemanusiaan.

    ReplyDelete
  6. Penderitaan saudara seIslam kita di Palestin sememangnya dirasai oleh masyarakat Islam di seluruh dunia. Biarpun Michael Heart bukanlah seorang Muslim, namun sikap perikemanusiaannya banyak menyedarkan masyarakat di luar sana agar menghentikan segala penindasan terhadap masyarakat yang lain. Suatu info yang sangat berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Syaifuddin.. Contohilah Michael Heart..

      Delete
    2. Selain itu, saya ingin kongsikan penderitaan rakyat Rohingya yang mana pemimpin Myanmar yang sangat anti terhadap islam. Kita haruslah menghormati setiap agama, bangsa dan adat resam agar harmoni tercapai dalam kehidupan bermasyarakat.

      Delete
  7. In my opinion, the misunderstanding could be happening because of the different perspectives that every different individuals have. The stereotype might cause the misunderstanding to worsen. Therefore, it is best to sometimes keep our thoughts and feelings towards an issue instead of telling it to the world, in order to escape from any unintended misunderstandings.

    ReplyDelete