Saturday, 4 March 2017

Komunikasi Yang Berkesan

Komunikasi Pengantara Komputer atau Computer Mediated Communication (CMC) merupakan proses penggunaan komunikasi manusia yang terjadi melalui dua atau lebih dengan sistem rangkaian telekomunikasi. Interaksi CMC ini terjadi dalam berjenis-jenis rangkaian teknologi dan perisian-perisian komputer termasuk Email, Perbualan dalam internet, Mesej Pesanan Ringkas dan senarai perkhidmatan email.
Sememangnya, teknologi CMC ini amat menjimatkan kos dan masa terutamanya dalam organisasi IT dengan kemudahan menggunakan kesemua format komunikasi.


Oleh itu, dalam kehidupan seharian saya sendiri mengalami bagaimana komunikasi bentuk CMC ini terjadi serta saya dapat merasai bagaimana penggunaannya dalam kehidupan seharian untuk berhubung dengan keluarga, kawan-kawan, adik-beradik dan orang lain. Sebenarnya saya lebih bersetuju bahawa komunikasi secara bermuka adalah komunikasi paling berjaya kerana kita sendiri dapat melihat serta memerhati bagaimana riak muka orang yang sedang berbicara, intonasi suara yang berkombinasi dengan gerak bahasa badan dan lain-lain. Pengalaman saya apabila ingin bercakap dengan orang saya sendiri menggunakan aplikasi Whatsapp untuk berhubung bertanyakan khabar atau berkongsikan informasi dan hal ini telah tenggelamkan komunikasi secara bermuka dan saya tidak bertentangan mata dengan orang yang dibicarakan. Namun begitu, zaman moden ini terdapat banyak aplikasi terbaru seperti Skype, Chatroulette dan lain-lain panggilan video yang menunjukkan komunikasi secara bermuka. Konsepnya sama dengan realiti berkomunikasi cuma ia dalam bentuk rangkaian dan begitulah pengalaman saya dalam menggunakan CMC ini pada masa sekarang.
Teori CMC dapat menyebabkan bermacam perubahan bagaimana manusia dapat berkomunikasi satu sama lain dan juga mempengaruhi pola komunikasi serta jaringan sosial mereka (Fulk & Collins-Jarvis, 2001). Saya bersetuju dengan teori ini kerana saya sendiri dapat merasakan bagaimana apabila kita berkomunikasi secara bukan bermuka ia dapat merenggangkan hubungan sosial manusia walaupun pada dasarnya saya berkomunikasi dengan orang tersebut namun ia tetap merencatkan hubungan saya dengan orang yang dibicarakan kerana komunikasi bermuka adalah paling berkesan dibandingkan dengan komunikasi secara atas talian.



13 comments:

  1. Saya juga bersetuju dengan pernyataan di atas kerana saya merasakan komunikasi secara bersemuka adalah merupakan komunikasi yang paling berkesan kerana dengan adanya komunikasi secara bersemuka, kita dapat melihat dan membaca gerak badan dan ekspresi muka pihak yang berkomunikasi dengan ini. Saya merasakan dengan cara ini kita dapat mengelak salah faham berbanding dengan komunikasi yang bergantung dengan komputer semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Alicia comel.. komunikasi face to face amat berkesan untuk memuaskan perbualan kita seharian. Contohnya, dengan ibu kita bercakap kita dapat mengenalpasti apa yang dia rasa melalui intonasi suara, riak muka dan lain-lain faktor.

      Delete
    2. sama seperti alicia, saya juga bersetuju bahawa komunikasi secara bersemuka lebih berkesan kerana kita mampu menilai segala rentak perbualan dengan individu lain ketika berbual.hehe

      Delete
  2. Saya bersetuju dengan kenyataan ini. Sememangnya, komunikasi secara bersemuka (face-to-face communication) amat penting agar kita dapat memerhati expresi wajah dan pergerakan badan seseorang apabila berkomunikasi.
    Bagi diri saya sendiri, saya sebenarnya tidak selesa apabila ingin menunjukkan expresi diri terutamanya apabila berkomunikasi dengan orang lain secara bersemuka. saya tahu bahawa komunikasi jenis ini sebenarnya penting dan saya sedang belajar untuk bersemuka dengan orang lain. Saya amat takut sebenarnya untuk berkomunikasi secara bersemuka kerana kadang-kadang orang lain salah faham dengan expresi yang saya tunjukkan. Contohnya, apabila saya tidak senyum orang lain akan fikir bahawa saya seorang yang garang dan takut untuk memulakan interaksi.
    Justeru, saya fikir bahawa saya perlu berusaha lagi uuntuk menunjukkan expresi yang baik agar orang lain tidak salah faham lagi. Tambahan, komunikasi secara bersemuka membolehkan kita untuk belajar mengawal dan memahami gerak badan dan expresi seseorang semasa berkomunikasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus berani Joan.. awak takut sebab awak tak yakin dengan cara pengawalan perbualan awak dengan orang yang awak sedang bercakap terutama yang tak biasa dengan awak. Yakinkanlah tiap kata yang diucapkan dengan suara lantang dan cara penyampaian yang bermain dengan emosi berani. Boleh Joan.. awak boleh..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Bagi saya komunikasi secara bersemuka lebih mencapai tahap kepuasan dan kepercayaan apabila menyelesaikan satu masalah atau konflik.

      Delete
  3. Bagi saya, memang betul kenyataan saudara Fahzal.Komunikasi secara bersemuka merupakan komunikasi yang paling berkesan dan effisien. Hal ini adalah kerana melalui proses ini kita dapat mengetahui riak dan memek muka individu yang mendengar perbualan kita. Bagus sekali Fahzal!

    ReplyDelete
  4. Saudara Fahzal, boleh kah dalam kehidupan seharian kita hanya berbual tanpa perlu bersemuka? apa pendapat kamu mengenai hal ini...

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dengan Fahzal bahawa, CMC telah banyak mengubah pola komunikasi antara manusia. Malah, apabila manusia terlalu bergantung dengan CMC, mereka lupa bahawa komunikasi secara bersemuka adalah lebih berkesan terutama sekali apabila berkaitan dengan hal-hal peribadi.

    ReplyDelete
  6. Terkadang saya lebih selesa menggunakan cmc dan terkadang juga saya lebih suka secara berdepan. Jikalau perkara yang serius dan hendaklah diselesaikan secara segera saya akan memilih secara berdepan. CMC hanya untuk perkara yang kurang serius dan untuk percakapan jarak jauh. Konflik oleh berlaku tidak kiralah secara berdepan mahupun dengan cmc.

    ReplyDelete
  7. In my opinion, between CMC and face-to-face communication, I would decide depending on the person that I communicate with. There are people that I prefer to talk to in person, and there are people to communicate via online and social media. Face-to-face communication allows me to see the person’s reaction, expressions, and behaviours towards the conversation. But for online communication, I prefer this type of conversation so that I have time to think of a better reply to not offend the other person.

    ReplyDelete
  8. Komunikasi secara CMC juga membantu pengguna media sosial seperti saya untuk menjimatkan masa dalam berkomunikasi.

    ReplyDelete